Latar belakang dan perkembangan Future_Now_Tour

Lovato tampil di AT&T Center, San Antonio pada 10 September 2016.

Pada 26 Oktober 2015, Lovato dan Jonas mengumumkan di Persembahan Elvis Duran setelah khabar angin selama beberapa hari bahawa mereka akan pergi menjelah bersama.[5] Pada hari yang sama, mereka berbincang tentang jelajah di Good Morning America.[6]Ia turut diumumkan bahawa tiket akan mula dijual pada 7 November 2015.[7] Poster untuk jelajah juga sudah dikeluarkan dan digambarkan sebagai "Upacara Hunger Games yang mewakili Daerah 1."[8]

Pada 22 Mac 2016, jelajah tersebut secara rasmi diumumkan sebagai sebahagian dari Jelajah Honda Civic ke-15. Peminat diberi kesempatan untuk menyertai undian Honda Civic Tour 2016 untuk mendapatkan satu dari tiga hadiah utama: sebuah kereta Honda Civic Sedan 2016 yang dipersembahkan oleh Lovato, motosikal Honda Grom yang dipersembahkan oleh Jonas dan perjalanan untuk dua orang ke Los Angeles untuk menonton konsert Lovato dan Jonas di The Forum.[9] Pada 28 Jun 2016, diumumkan bahawa Tidal akan menjalani perjalanan pertama jelajah tersebut.[10] Pada 29 Jun 2016, Lovato mengumumkan bahawa CAST Centers akan bergabung dengan mereka dalam jelajah untuk mempromosikan dialog terbuka tentang kesihatan mental, juga untuk mengilhamkan peminat dan menghapuskan stigma meminta pertolongan.[11]

Jelajah Honda Civic of the Future Now Tour berlangsung di Amerika Utara di seluruh Amerika Syarikat dan Kanada mulai 29 Jun 2016 sehingga 17 September 2016. Mike Posner bertugas sebagai pembuka utama selain di Atlanta, Sunrise, Orlando, San Jose, Portland dan Seattle.[12] Rich Homie Quan dan Migos menjadi pembuka di Atlanta, Marshmello pembuka di Sunrise, DJ JayR pembuka di Orlando dan Chord Overstreet pembuka di Chula Vista, San Jose, Nashville dan Inglewood. Lovato dan Jonas dijadualkan untuk membuat persembahan di Charlotte dan Raleigh, namun dibatalkan akibat undang-undang HB2 di Carolina Utara.[13] Lovato dan Jonas juga dijadualkan tampil di Virginia Beach, namun dibatalkan berikutan terdapat konflik penjadualan dengan Boston Pops Firework Spectacular 4 Julai.[14]

Lovato melanjutkan Future Now Tour tanpa Jonas di New York City, Turki dan Mexico. Pada 7 September 2016, Global Citizen Festival 2016 mengumumkan Lovato sebagai penghibur festival di New York City. Selena Gomez merupakan penghibur asal, tetapi dibatalkan akibat penyakit lupus.[15] Pada 21 September 2016, Expo 2016 mengumumkan Lovato sebagai penghibur festival di Antalya.[16] Jelajah tersebut berakhir di dengan tiga persembahan di Mexico City, Guadalajara dan Monterrey.

Rujukan

WikiPedia: Future_Now_Tour http://abcnewsradioonline.com/music-news/2015/10/2... http://music.blog.ajc.com/2016/06/30/concert-revie... http://www.andpop.com/2016/08/23/bea-miller-demi-l... http://www.billboard.com/articles/columns/latin/75... http://www.billboard.com/articles/columns/pop-shop... http://www.billboard.com/articles/columns/pop/7416... http://www.billboard.com/articles/columns/pop/7431... http://www.billboard.com/articles/news/7341887/dem... http://www.billboard.com/articles/news/7424039/dem... http://demilovato.com/events/